Wednesday, 10 October 2012
diari seorang isteri yg setia...
Diari Seorang Isteri... Lelaki WAJIB
baca!
Aduh...sakitnyer. ..isk.... .
aduuh....Bang sakit nye tak tahan
saya" keluh Nisa... pada suaminya
Zakri.
"Apelah awak nie....lama sangat nak
bersalin dah berjam-jam dah tak
keluar-keluar juga. Penat dah saya
tunggu. Nih mesti ader benda yang
tak elok awak buat , itu lah sebab
lambat keluar budak tu banyak dosa
la tu" rungut Zakri pd Nisa.
Nisa hanya diam dan menahan sakit
nak beranak, hampir 1 jam Nisa
dalam bilik bersalin tapi baby tak
keluar juga. Sebak hati Nisa bila
Zakri berkata begitu. Sejak
mengandung ada sahaja yang tidak
kena dihati Zakri terhadapnya.
Seakan-akan membenci Nisa dan
anak yang dikandungnya. Jururawat
datang memeriksa dan kemudian
bergegas memanggil Doktor Johari.
Doktor Johari (Doktor Peribadi)
datang dan bergegas menyediakan
keperluan menyambut kelahiran.
Nisa hanya mendiamkan diri
menahan sakit dan air mata meleleh
panas dipipi bukan disebabkan takut
atau sakit tapi rungutan Zakri tadi.
Doktor Johari menyuruh Nisa
meneran ...."Come on Nisa u can do
it...once more...." Kata ransang
Doktor Johari itu membuatkan Nisa
bertenaga dan sekali teran sahaja
kepala baby sudah keluar..."Good
mummy" kata Doktor Johari selepas
menyambut baby yang keluar itu.
Tiba-tiba Nisa terasa sakit lagi dan
Nisa meneran untuk kali kedua dan
keluar seorang lagi baby, kembar
rupanya. "Nisa u got twin, boy and
girl, putih macam mummy dia" kata
Doktor Johari memuji Nisa. "Tahniah
Zakri,it's a twin" Doktor Johari
mengucapkan tahniah kepada Zakri.
Zakri hanya mendiamkan diri setelah
menyaksikan kelahiran anak
pertamanya, kembar pulak. Memang
Doktor Johari itu menyuruhnya
melihat bagaimana keadaan
kelahiran anaknya. Baby boy dan
girl Nisa namakan Mohammad
Danial dan Nur Dania.Nisa berasa
lega... tapi Nisa masih lagi teringat
kata-kata Zakri padanya sebentar
tadi. Terlalu banyak kata-kata yang
membuat Nisa selalu kecil hati . Tapi
Nisa tahankan sahaja. Nisa tahu
kalau Nisa mengadu pada emak,
Nisa akan dimarahi semula. Jadi Nisa
hanya diam dan memendam rasa.
Danial dan Dania diletakkan di
nursery di Hospital itu sementara
menanti Nisa berehat kemudian
dapatlah Nisa menyusukan Danial
dan Dania. Comel sungguh kembar
Nisa. Nisa termenung dan otak
fikirannya menerbang kembali detik-
detik semasa Nisa mengandungkan
kandungannya, Zakri selalu
memarahi Nisa, ada sahaja yang
tidak kena. Kata Nisa yang bukan-
bukan, gila, ada sahaja tuduhan
yang tidak masuk akal semuanya
dihamburkan pada Nisa. Tak
sanggup Nisa hadapi semua itu tapi
demi kandungannya, Nisa kuatkan
semangat dan pendirian Nisa.
►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►
Ingat lagi waktu Nisa mula
mengandung Zakri tak percaya Nisa
mengandung anak dia, dua kali dia
membuat pemeriksaan Antenatal
samada Nisa mengandung.Zakri ragu
anak dalam kandungan Nisa. Dia tak
boleh terima baru tiga bulan kahwin
dah mengandung.. .Nisa dah 2
bulan...Nisa cuma kosong selama
sebulan selepas berkahwin. Nisa tak
tau nak cakap apa.
Nisa balik rumah dalam kesedihan.
Pada mulanya Nisa gembira bila
mengandung tapi sebaliknya pula yg
terjadi. Perasaan hati Nisa bangga
Nisa dapat memberi zuriat kepada
Zakri. Tapi apa yang Nisa dapat
hanyalah tuduhan yang tak pernah
terlintas di otak jemala Nisa.
"Kenapa abang berlainan sekarang
ni, tak macam dulu pelembut, suka
berjenaka, ni tak asyik nak cari
salah Nisa sahaja. Nape Bang?"soal
Nisa pada Zakri . "Kaulah
penyebabnya. Tak yah nak tunjuk
baik plak" Zakri menempelak Nisa
"Jantan mana yang kau layan kat
opis kau tu" sergah Zakri lagi. "Abg
syak Nisa ngan lelaki lain ke? Kenapa
Abg syak yg bukan-bukan, Nisakan
isteri Abang yang sah tak kanNisa
nak buat jahat ngan orang lain pulak
Bang"? terang Nisa pada Zakri.
"ALLAH dah bagi kita rezeki awal,tak
baik cakap cam tu. Itu semua
kehendak ALLAH" Nisa senyum dan
menghampiri sambil memeluk badan
suaminya tetapi Zakri meleraikan
pelukan Nisa dengan kasar sehingga
Nisa hampir tersungkur. Nisa
menangis dan sedih. Zakri buat tak
tahu sahaja. Deraian airmata Nisa
semakin laju. Nisa hanya mampu
menangis. Terasa dada .Nisa sakit
menahan semua tohmahan dari
Zakri, suaminya yang sah. "Woi,
benda-benda tu bole terjadilah Nisa,
kawan baik ngan bini sendiri, suami
sendiri, bapak ngan anak, hah emak
ngan menantu pun bole jadi tau
apatah lagi macam kau nie, tau tak.
Tu dulu kawan kau lama tu yang
satu opis ngan kau tu, Farid, bukan
main baik lagi budak tu" marah
Zakri. "Entah-entah keturunan kau,
darah daging kau pun tak
senonoh.... heee teruk. Nasib aku la
dapat bini cam engkau ni"kutuk
Zakri lagi pada Nisa. "Bawa
mengucap Bang, jangan tuduh saya
yang bukan-bukan saya bukan
perempuan tak tentu arah walaupun
saya menumpang keluarga ni , saya
bukan jenis macam tu saya tau akan
halal haram, hukum hakam agama.
"Walaupun saya tak tau asal usul
keluarga kandung saya, saya
bersyukur dan berterima kasih pada
emak kerana jaga saya dari kecil dah
macam darah daging saya sendiri"
kata Nisa pada Zakri. "Tapi Abang
tak boleh hina keluarga kandung
saya walaupun saya tak pernah
tengok muka ayah dan mak kandung
saya. Mereka lahirkan saya
kedunia,"ucap Nisa sambil
menangis.
►►►►►►►►►►►►►►►
►►►►►►►►Semenjak kejadian itu
Nisa terpaksa mengikut Zakri ke
tempat kerjanya apabila habis waktu
kerja. Nisa berehat di Surau tempat
Zakri bekerja. Zakri bekerja di salah
sebuah Pusat membeli belah dan
kerjanya mengikut shif.Kalau Zakri
shif malam terpaksalah Nisa
menunggu Zakri sehingga pukul
10.30 malam - 11.30 malam
sehingga habis Pusat membeli belah
itu tamat waktu perniagaannya. Nisa
terpaksa berbohong pada emak dan
keluarga lain dengan mengatakan
Nisa buat overtime di pejabat. Nisa
terpaksa berbuat demikian kerana
tidak mahu dikata-kata dan dituduh
lagi. Dengan keadaan perut semakin
membesar Nisa gagahkan juga.
Tetapi kadangkala Zakri tidak
menjemput Nisa di tempat kerja
terpaksalah Nisa menaiki bas.
Begitulah Nisa sehinggalah Nisa
hampir pada waktu bersalin Nisa.
Kalau diminta jemput...macam-
macam kata kesat dilemparkan pada
Nisa, perempuan tak tau
berdikarilah, berlagak senang lah,
lagak kaya lah. Pernah suatu hari
Nisa naik marah kerana Zakri
jemput Nisa lambat sampai sakit
pinggang Nisa menunggunya. Nisa
menangis. Zakri tiba-tiba naik angin
dan cakap perangai Nisa macam
firaun la, perempuan tak sedar
dirilah, tak layak jadi isterilah,
menyusahkan macam-macam kata
nista dilemparkan pada Nisa.
Nisa tambah sedih mengenangkan
diri Nisa, ngadu kat emak takut
dimarahi pula...bila Nisa balik ke
rumah, mereka berdua akan
berlakun yang mereka tidak
bergaduh...Nisa sedaya upaya tidak
mahu menunjukkan yang masalah
melanda perkahwinannya. Kasihan
Nisa...dalam keadaan yang begitu
Nisa masih mampu bertahan, masih
kuat lagi emosinya. Satu hari Zakri
dalam keadaan marah telah menarik
rambut Nisa dan menghantukkan
kepala Nisa ke dinding...Nisa hanya
mampu menangis dan menanggung
kesakitan gara-gara Nisa nak pergi
ke rumah Mak Usu Nisa yang ingin
mengahwinkan anaknya di Tanjung
Karang. Emak Nisa dah seminggu
pergi ke sana untuk menolong. Hari
dah mula petang jadi Nisa mendesak
agar bertolak cepat kerana kalau
hari malam nanti bahaya , "Kita nak
jalan jauh ni Bang. Biarlah kita pergi
awal sikit bolehlah tolong apa yang
patut. Masa nilah kita nak membalas
pertolongan mereka, ingat tak masa
kita kahwin mereka bekerja keras
kan "kata Nisa pada Zakri. Zakri
ketika itu sedang berehat menonton.
"Bang dengar tak ni, lagi pun hari
dah mula gelap,takut plak hujan
nanti"desak Nisa lagi. Tiba-tiba
Zakri bangun dan mukanya bengis
memandang Nisa "Kau tahu aku
penatkan, tak boleh tunggu ker,suka
hati aku lah nak pegi malam ke
siang ke tak pegi langsung
ker"marah Zakri. "Itu Nisa tau,
Abang dah berehat dari pagi tadi
Bang masih penat lagi, Nisa cuma
nak ingatkan Abang aja"Nisa
memberitahu Zakri. Zakri datang
pada Nisa dan direntapnya rambut
Nisa dan di hantukkannya kepala
Nisa kedinding.
►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►
Nisa tak dapat buat apa. YA ALLAH
sanggup Zakri berbuat
demikian...terasa kebas kepala Nisa
dan mula membengkak. Pening
kepala Nisa dibuatnya. "YA ALLAH
kau kuatkan iman aku YA ALLAH,
lindungilah aku dan kandungan aku
dari bahaya YA ALLAH" doa Nisa
dalam hatinya. Nisa memencilkan
diri Nisa disudut dinding dan
menangis.Zakri kemudian duduk
diam. Nisa rasa kepala Nisa macam
nak pecah. Kebas masih lagi dan
embengkak.. .berdenyut2. .."Bang,
Nisa minta maaf jika Nisa membuat
Abang marah" Nisa memohon maaf
pada Zakri sambil teresak-esak.
Treet,Treet, Treet, Treet....bunyi
handphone Zakri. "Sapa plak nie
sebok je....."Rungut Zakri yang
tengah sibuk berborak dengan
kawan-kawan di salah sebuah caf?.
"Hoi, Encik Zakri, bini ko kat wad
tak gi jengok ke, apa punya laki ko
nie? sindir Azlan, kawan pejabat
Zakri. "Alah, dia sihat je kat wad tu,
makan tanggung berak cangkung,
ha,ha,ha"gelak Zakri dan kawan-
kawan lain. Azlan cuma berdiam
diri. "Senangnya hidup Zakri nie tak
ader risau langsung pasal bini
dia"cetus hati Azlan. "Akulah kalau
bini aku masuk wad bersalin aku
sentiasa dok sebelah dia
tau...mereka perlukan kita masa
tu...nyawa mereka dihujung tanduk
semata-mata nak melahirkan zuriat
yang dari darah daging engkau tau,
cuba fikir sikit" Azlan mengingatkan
Zakri. "Iyelah, Lan, lagipun Nisa dah
bersalin, selamat dah, sekarang
tengah berehat laaa, apa aku nak
risau lagi" jawab Zakri selamba.
"Suka hati kau lah, tapi kalau ader
apa-apa nanti kau jangan menyesal
Zakri, sesal tak sudah nanti" kata
Azlan lagi. Treet, Treet,
Treet....bunyi handphone Zakri.
"Hello Zakri speaking" jawab Zakri.
"Hello Zakri, Doktor Johari sini, ade
masalahlah Zakri, pasal Nisa, datang
segera ke hospital ye Zakri, Nisa
tidak sedarkan diri........ ."panggilan
kecemasan dari Doktor Johari "Iye
ke, teruk ke dia Johari , okay I
atang"...tuttttttt . Zakri menamatkan
perbualannya dengan Doktor Johari.
"Lan. Kau kut aku, Nisa tak sedar
diri ..."ajak Zakri pada Lan. "Hah,
tadi kau kata bini kau sihat"tanya
Lan pada Zakri. "Alah jom ler cepat"
desak Zakri.
►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►►
"Zakri, kami tak dapat selamatkan
Nisa, Nisa mengalami pendarahan
otak yang serius, sebelum nie
pernah tak Nisa jatuh
atau...terhantuk kuat cause sebelah
kanan kepalanya kelihatan bengkak
dan ada tanda lebam. Mungkin
kesan dah lama? tanya Doktor Johari
dengan serius dan ingin penjelasan
Zakri. Zakri hanya mendiamkan diri.
Automatik otak Zakri teringat yang
dia pernah menarik rambut Nisa dan
menghantukkan kepala Nisa
kedinding sekuatnya... dan selepas
kejadian itu Zakri tidak pernah pun
membawa Nisa ke Klinik untuk
membuat pemeriksaan kepalanya
dan semenjak kejadian itu Nisa
sering sakit kepala yang teruk ...tapi
Zakri tidak pernah mengendahkan
kesakitan Nisa....baginya Nisa
mengada-ngada ..saja buat sakit
untuk minta simpati...tetapi
sebaliknya.. ...Zakri hanya
diam...."YA ALLAH apa aku dah
buat" rasa bersalah membuat
dirinya rasa menggigil... "Doktor
Zainal yang merawat Nisa kerana
Nisa mengadu sakit kepala sewaktu
Nisa memberi susu pada kembarnya
di Nursery, sakit yang amat sangat
katanya so Doktor Zainal membawa
Nisa ke Lab untuk membuat
scanning di kepalanya dan confirm
otaknya ada darah beku tapi
malangnya ia sudah ditahap yang
kritikal, kami tak mampu lakukan
apa-apa kerana Nisa tidak mahu di
operation sebelum meminta izin dari
kau Zakri, Nisa telah pergi dulu
dengan tenang.Permintaan terakhir
Nisa, Nisa minta kau membaca
diarinya. I'm really sorry Zakri.
ALLAH berkuasa Zakri kita tak dapat
menghalangnya" kata Doktor Johari
lalu memberikan Zakri sebuah diari
yang berbalut kemas dengan kain
lampin baby yang masih baru.
Zakri mengambil diari itu dan
membuka setiap lembaran diari
Nisa, setiap lembaran tertulis rapi
tulisan Nisa dan peristiwa yang
berlaku pada Nisa pada setiap hari ,
Zakri membacanya sepintas dan
nyata keluhan,kesakitan segala
luahan rasa Nisa semuanya tertera
di iarinya. Dan Zakri dapati setiap
peristiwa itu semuanya perlakuan
buruk Zakri terhadap Nisa..."YA
ALLAH kenapa aku buat Nisa begini"
terdetik hati Zakri selepas membaca
tiap lembaran diari Nisa. Dan
terpandang oleh Zakri mukasurat
akhir lembaran diari yang ditanda
dengan bunga ros merah yang telah
kering....membuat Zakri tertarik
untuk membacanya.. . Untuk suami
Nisa yang tersayang, I LOVE U
Bang... "SELAMAT HARI ULANG
TAHUN PERKAHWINAN YANG
PERTAMA"
✿*゚‘゚✿*゚‘゚✿*゚‘゚✿*゚‘゚✿*゚‘゚
✿*゚‘゚✿*゚‘゚✿*゚‘゚✿*゚‘゚✿*゚‘゚
✿*゚‘゚
Assalamualaikum.
Abang,
Ingat tak bunga Ros merah ni,
Abang berikan pada Nisa sewaktu
mula mengenali Abang. Lama Nisa
simpan bunga tu Bang...Bunga inilah
lambang bermulanya perkenalan
Nisa dengan Abang. Nisa benar-
benar menyayangi Abang. Nisa
menyimpan setiap hadiah yang
abang bagi pada Nisa. Abang tak
pernah tahu kan ... Itulah salah satu
buktinya betapa sayangnya Nisa..
Terlebih dahulu Nisa ingin sangat
dengar Abang panggil Nisa AYANG
seperti kita baru kahwin...Abang
panggil Nisa AYANG...terasa diri
dimanja bila Abang panggil Nisa cam
tu...walaupun Nisa dapat merasa
panggilan AYANG itu seketika sahaja.
Abang dah banyak berubah.
Perkataan AYANG telah hilang dan
tidak kedengaran untuk Nisa lagi.
Kenapa? Bencikah Abang pada Nisa?
Abang...mukasurat nie khas utk
Abang. Bacalah semoga Abang tahu
sayangnya Nisa pada Abang. Abang
ingatkan hari nie hari ulangtahun
perkahwinan kita yang pertama dan
Nisa hadiahkan Abang....... Danial
dan Dania. Untuk Nisa tak perlulah
Abang bagi kerana tak ada apa yang
Nisa inginkan melainkan kasih
sayang Abang pada Nisa. Nisa akan
pergi mencari ketenangan dan
kedamaian untuk diri Nisa. Nisa
pergi untuk menemui NYA.
Nisa harap Abang akan menjaga
Danial dan Dania dengan baik dan
jangan sekali-kali sakiti mereka.
Danial dan Dania tak tahu apa-apa.
Itulah hadiah paling berharga dari
diri Nisa dan mereka adalah darah
daging Abang. Jangan seksa mereka.
Abang boleh seksa Nisa tapi bukan
mereka. Sayangilah mereka...Nisa
ingin mengatakan bahawa Nisa tak
ada hubungan dengan sesiapa
melainkan Abang sahaja di hati Nisa.
Jiwa dan raga Nisa hanya untuk
Abang seorang. Terima kasih kerana
Abang sudi mengahwini Nisa
walaupun Nisa in cuma menumpang
kasih disebuah keluarga yang
menjaga Nisa dari kecil hinggalah
Nisa bertemu dengan Abang dan
berkahwin. Nisa harap Abang tidak
akan mensia-siakan kembar kita dan
Nisa tidak mahu mereka mengikut
jejak kehidupan Nisa yang
malangkerana menumpang kasih
dari keluarga yang bukan dari darah
daging nisa....tapi Nisa bersyukur
kerana dapat mengecapi kasih
sayang sepenuhnya dari keluarga
ini. Nisa harap sangat Abang akan
sentiasa memberitahu pada kembar
kita yang Nisa ibunya akan sentiasa
bersama disamping kembar kita,
walau pun Nisa tak dapat membelai
dan hanya seketika sahaja dapat
mengenyangkan kembar kita dengan
air susu Nisa. Berjanji pada Nisa
dan ingat DANIAL dan DANIA adalah
darah daging abang...Ampunkan
Nisa dan halalkan segala makan
minum Nisa selama setahun kita
bersama. Sekiranya Abang tidak sudi
menerima Danial dan Dania berilah
pada emak Nisa supaya emak
menjaga kembar kita dan segala
perbelanjaan Nisa dah buat nama
emak untuk KWSP Nisa. Biarlah
emak menjaga kembar kita
sekurang-kurang terubat juga rindu
emak sekeluarga pada Nisa nanti
bila memandang kembar kita. Comel
anak kita bang..Dania mengikut raut
muka Abang...sejuk kata orang dan
Nisa yakin mesti Danial akan
mengikut iras raut wajah
Nisa...Ibunya. ..sejuk perut Nisa
mengandungkan mereka. Inilah
peninggalan Nisa untuk Abang.
Semoga Abang masih sudi
menyayangi dan mengingati
walaupun Nisa sudah tiada disisi
Abang dan kembar kita.
Wassalam.Salam terakhir dari Nisa
Untuk Abang dan semua.Doakan
Nisa.
Ikhlas dari
Nur Nisa
✿*゚‘゚✿*゚‘゚✿*゚‘゚✿*゚‘゚✿*゚‘゚
✿*゚‘゚✿*゚‘゚✿*゚‘゚✿*゚‘゚✿*゚‘゚
Sabarlah Zakri, ALLAH maha
berkuasa. Kuatkan semangat kau,
kau masih ada Danial dan Dania"
pujuk Azlan. Zakri hanya tunduk
membisu. YA ALLAH,Nisa maafkan
Abg Nisa. Zakri longlai dan diari
ditangannya terlepas, sekeping
gambar dihari pernikahan antara
Zakri dan Nisa jatuh dikakinya dan
Zakri mengambilnya. Belakang
gambar itu tertulis "HARI YANG
PALING GEMBIRA DAN BAHAGIA
BUAT NISA DAN SEKELUARGA. NISA
DISAMPING SUAMI TERCINTA
SELEPAS DIIJABKABULKAN. SEMOGA
KEGEMBIRAAN DAN KEBAHAGIAAN
AKAN MENYELUBUNGI DIRI NISA
DAN KELUARGA NISA HINGGA
KEAKHIR HAYAT NISA.
Zakri terjelepuk dilantai dan berjuta
penyesalan merangkumi seluruh
tubuhnya. Zakri seakan orang hilang
akal. Satu demi satu setiap
perlakuannya terhadap isterinya
Nisa seperti terakam dalam kotak
otaknya...setiap
perbuatannya. ..seperti wayang jelas
terpampang.. . kenapalah sampai
begini jadinya...kejamnya aku...Nisa,
Nisa, Nisa maafkan Abang Nisa.
Sewakt jenazah Nisa tiba dirumah
suasana amat memilukan. Zakri
tidak terdaya untuk melihat keluarga
Nisa yang begitu sedih atas
pemergian Nisa. Namun emak Nisa
begitu tabah dan redha. Danial dan
Dania sentiasa di dalam pangkuan
neneknya.Saat akhir untuk melihat
Jenazah Nisa, Zakri lihat muka Nisa
tenang bersih dan Zakri kucup dahi
Nisa buat kali terakhir seakan-akan
lirik mata Nisa mengikuti wajah
Zakri. "Nisa Abang minta ampun
dan maaf" bisik Zakri perlahan pada
telinga Nisa sambil menangis dengan
berjuta penyesalan menimpa-nimpa
dirinya. Apabila Zakri meletakkan
kembar disisi ibunya mereka diam
dari tangisan dan tangan dari
bedungan terkeluar seolah-olah
mengusapi pipi ibu mereka buat kali
terakhir dan terlihat oleh Zakri ada
titisan airmata bergenang di tepi
mata Nisa. Meleleh perlahan-lahan
bila kembar itu diangkat oleh Zakri.
Kembar menangis semula setelah
diangkat oleh Zakri dan diberikan
kepada neneknya.
Jenazah Nisa dibawa ke pusara dan
ramai yang mengiringinya
termasuklah kembar bersama.
Walaupun kembar tidak tahu apa-
apa tapi biarlah kembar mengiringi
pemergian Nisa, Ibu mereka yang
melahirkan mereka. Amat sedih
ketika itu.. Zakri tidak mampu
berkata apa-apa melainkan
menangisi pemergian Nisa yang
selama ini merana atas
perbuatannya. Dan akhirnya Jenazah
Nisa selamat dikebumikan. Satu
persatu orang ramai meninggalkan
kawasan pusara dan akhirnya
tinggallah Zakri keseorangan di
pusara Nisa yang merah
tanahnya...meratapi pilu, berderai
airmata dengan jutaan
penyesalan ...YA ALLAH , kuatkan
hambamu ini YA ALLAH. Hanya KAU
sahaja yang mengetahui dosa aku
pada Nisa....ampunkan aku YA
ALLAH....akhirnya Zakri terlelap
disisi pusara Nisa bermimpikan oleh
Zakri,Nisa datang mencium tangan,
mengucup dahi dan memeluk Zakri
dengan lembut mulus. Zakri melihat
Nisa tenang dan jelas kegembiraan
terpancar dimuka Nisa Putih bersih.
Nisa, Nisa, Nisa nak kemana Nisa,
Nisa, Nisaaaaaa. Zakri terjaga dari
lenanya. Terngiang-ngiang suara
kembar menangis. "YA
ALLAH ,Zakri,Zakri bangun
Zakri...dan hampir senja ni, mari
kita balik, kenapa kau tidur kat sini
Zakri?" tegur abang long , abang
ipar Zakri. Dari jauh Zakri lihat
emak dan kakak ipar mengendung
kembar. Mereka menangis. Zakri
berlari menuju ke arah kembarnya
dan mengusap-usap ubun-ubun
anak kembar dan secara automatik
kembarnya diam dari menangis.
"Danial, Dania anak ayah, ayah akan
menjagamu nak...kaulah
penyambung zuriat, darah daging
ayah... emak, abang dan kakak ipar
Zakri tersedu hiba dan mereka
berlalu lemah meninggalkan pusara
Nisa....
Sekian!waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
aaaaaaaaaaa!! =(
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
oh sedihnye
ReplyDelete